Saturday, June 9, 2012

Tips Jaga Hamster

HAMSTER YANG BARU DIBELA


Belajar cara nak pegang dia dengan betul iaitu jadikan sebelah tangan sebagai tempat dia pijak, sebelah lagi kena usap-usap belakang dia.






TEMPAT TINGGAL


  • Tempat tidur ( bedding ) dibuat dari habuk kayu dan berfungi untuk simpan makanan + minuman hamster.
  • Rajin-rajin la ganti bedding dia supaya dia dan korang tak sama-sama busuk.
  • Sediakan bahan permainan dia seperti roda pusing, sudu plastik dan sebagainya.



MAKANAN & MINUMAN

  • Makanan paling umum adalah bijian kering proses.
  • Selain tu, hamster boleh ja telan kuaci dan kekacang.
  • Kadang-kadang, korang boleh bagi makanan diet yang lain jugak, macam epal, lobak, pisang. Tapi kena under observation la. Tengok sama ada dia minat or tidak.
  • Kurangkan bagi makanan basah sebab dia boleh ganggu penghadaman hamster. 
  • Pastikan botol dia sentiasa ada air.
  • Kalau korang nampak hamster korang makan tahi dia sendiri, tu adalah normal. Arnab pun makan tahi dia sendiri tahu :) Tahi yang keluar buat kali pertama tu mengandungi zat-zat vitamin lagi yang hamster perlukan. So, thats why la dia makan tahi dia balik.




KEBERSIHAN

  • Kalau hamster korang busuk, jangan mandikan dia dengan air. Nanti dia MATI. Sebab hamster sangat sensetif dengan air.
  • Mandikan dia dengan pasir ( bathing sand )
  • De banyak perisa (strawberi,oren,lemon dll)
  • Tukar la bedding hamster sekerap yang mungkin. Sebab hamster sangat mudah jatuh sakit and sangat sukar untuk sembuh.




MELAHIRKAN ANAK

  • Antara tanda hamster nak beranak adalah perut dia yang makin besar and tahap keaktifan dia yang semakin meningkat. Ala-ala hyperactive cetu.
  • Pastu die akan cari pasal ngan si jantan dengan menggigit2 jantan tersebut
  • Dia juga akan nampak macam pegawai bank tengah berkawad depan pintu bank. Mundar mandir je sampai pitam.
  • Kalau si betina tengah mengandung, asingkan si jantan dari si betina.
  • Jangan sentuh anak hamster yang baru lahir. Bau manusia pada badan si anak ni akan menyebabkan si emak makan si anak.
  • Kalau nak sentuh jugak tunggu sampai dh de bulu
  • Jangan tukar bedding or pape dlm sangkar 2 semasa die dh branak 2.Tukar slpas baby die berbulu n boleh berdikari




EMOSI

  • Kalau dia nakal, tiup muka dia.
  • Usap telinga dia untuk hilangkan stress dia sebab hamster sangat suka bila telinga dia diusap.
  • Pastikan sangkar hamster tu cukup luas untuk dia bergerak. So that dia akan happy.
  • Jangan ganggu semasa hamster sdg tido, sbb die akan marah n akan mggigit anda





My Hamster

Haaa x pnh2 aku bela hamster kan ntah tetibe je aku rase nk bela binatang ni. Skang ni org dok pakat nk bela sugar glider tapi oleh kerana x mampu aku bli hamster je.haha..Klu sugar glider 2 sekor dahla rm250. Mmgla lawa kan binatang 2 tapi aku punya hamster baru je rm10 sekor. Hensem pon hensem hamster aku cam tuannya jugak..haha. Untuk permulaan aku bli 3 ekor je hmster..sekor jantan 2 lagi betina.binatang ni mmg cepat membiak. Tak sampai 3 bulan aku dh ade 18 ekor. 10 ekor masih lagi bayi dan baru nak tmbuh bulu. 5ekor daripadanya ialah cucu kpd hmster asal tersebut. Ini bermakna anak dia yg beranak kerana telah berlaku sumbang mahram dlm sangkar tersebut....haha

Haaa mula2 nila sangkar buatan aku









Sekali kene gigit daa..





First time die beranak





Hobi die ni la men roda je taw











Anak & emak beranak same


Minum2

Die suka tido dlm trowong ni




Friday, June 8, 2012

Otak Berulat Akibat Makan Sushi


Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).



Lipas Bersarang Dalam Lubang Telinga


Mungkin ada yang pernah melihat klip ini, dan mungkin ada yang belum.
Untuk itu mari kita saksikan ‘susah payah’ seorang pakar bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. N.Ahilasamy dari Chennai, India mengeluarkan lipas yang dah ‘bersarang’ dalam lubang telinga seorang pesakitnya yang juga jurutera perisian komputer ni.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar tahun 2008.
Agaknya macam manalah telinga mamat tu boleh jadi sampai macam ni punya teruk…terlalu lama depan komputer ka?
Pada yang rasa ada ‘sesuatu’ dalam lubang telinga anda, baik cepat-cepat pergi klinik buat pemeriksaan.