Saturday, June 9, 2012

Tips Jaga Hamster

HAMSTER YANG BARU DIBELA


Belajar cara nak pegang dia dengan betul iaitu jadikan sebelah tangan sebagai tempat dia pijak, sebelah lagi kena usap-usap belakang dia.






TEMPAT TINGGAL


  • Tempat tidur ( bedding ) dibuat dari habuk kayu dan berfungi untuk simpan makanan + minuman hamster.
  • Rajin-rajin la ganti bedding dia supaya dia dan korang tak sama-sama busuk.
  • Sediakan bahan permainan dia seperti roda pusing, sudu plastik dan sebagainya.



MAKANAN & MINUMAN

  • Makanan paling umum adalah bijian kering proses.
  • Selain tu, hamster boleh ja telan kuaci dan kekacang.
  • Kadang-kadang, korang boleh bagi makanan diet yang lain jugak, macam epal, lobak, pisang. Tapi kena under observation la. Tengok sama ada dia minat or tidak.
  • Kurangkan bagi makanan basah sebab dia boleh ganggu penghadaman hamster. 
  • Pastikan botol dia sentiasa ada air.
  • Kalau korang nampak hamster korang makan tahi dia sendiri, tu adalah normal. Arnab pun makan tahi dia sendiri tahu :) Tahi yang keluar buat kali pertama tu mengandungi zat-zat vitamin lagi yang hamster perlukan. So, thats why la dia makan tahi dia balik.




KEBERSIHAN

  • Kalau hamster korang busuk, jangan mandikan dia dengan air. Nanti dia MATI. Sebab hamster sangat sensetif dengan air.
  • Mandikan dia dengan pasir ( bathing sand )
  • De banyak perisa (strawberi,oren,lemon dll)
  • Tukar la bedding hamster sekerap yang mungkin. Sebab hamster sangat mudah jatuh sakit and sangat sukar untuk sembuh.




MELAHIRKAN ANAK

  • Antara tanda hamster nak beranak adalah perut dia yang makin besar and tahap keaktifan dia yang semakin meningkat. Ala-ala hyperactive cetu.
  • Pastu die akan cari pasal ngan si jantan dengan menggigit2 jantan tersebut
  • Dia juga akan nampak macam pegawai bank tengah berkawad depan pintu bank. Mundar mandir je sampai pitam.
  • Kalau si betina tengah mengandung, asingkan si jantan dari si betina.
  • Jangan sentuh anak hamster yang baru lahir. Bau manusia pada badan si anak ni akan menyebabkan si emak makan si anak.
  • Kalau nak sentuh jugak tunggu sampai dh de bulu
  • Jangan tukar bedding or pape dlm sangkar 2 semasa die dh branak 2.Tukar slpas baby die berbulu n boleh berdikari




EMOSI

  • Kalau dia nakal, tiup muka dia.
  • Usap telinga dia untuk hilangkan stress dia sebab hamster sangat suka bila telinga dia diusap.
  • Pastikan sangkar hamster tu cukup luas untuk dia bergerak. So that dia akan happy.
  • Jangan ganggu semasa hamster sdg tido, sbb die akan marah n akan mggigit anda





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda...