Monday, November 29, 2010

KISAH 3 SYAITAN

Pada suatu hari iblis mengadakan satu lawatan kepada beberapa syaitan yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia di beberapa buah tempat.


Dialog iblis dengan syaitan di kawasan A:


Iblis:
Hoi syaitan A, macamana tugas hari ni? Ada apa-apa perkembangan tak?


Syaitan A pun menjawab:
Hari tugas agak rumit. Payah nak goda orang kat sini. Saya dah banyak kali goda mereka tapi mereka tetap taat kepada perintah Allah dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad.


Iblis:
Saya nampak syaitan kat sini memang rajin. Takpe, teruskan usaha anda


Dialog iblis dengan syaitan di kawasan B:


Iblis:
Hoi syaitan B, macamana tugas hari ni? Ada apa-apa perkembangan tak?


Syaitan B pun menjawab:
Tugas hari ni macam biasalah. Kadang-kadang susah, kadang-kadang senang. Orang-orang kat sini ada yang boleh digoda, ada yang tak boleh digoda.


Dialog iblis dengan syaitan di kawasan C lain pula ceritanya.


Dengan nada marah iblis menengking:
Hoi syaitan C, ni apehal kerja tidur je...tak buat kerja ke!! Nak kena hukum!!?


Syaitan C pun menjawab:
Macamana saya nak goda boss, saya tak tahan buat kerja kat sini. Orang-orang kat sini jauh lebih teruk dan jahat daripada kita.


Iblis:
Oh yeke, bagus, bagus, bagus...teruskan tidur anda dan takyah buat kerja.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda...