Wednesday, January 16, 2013

Kenyataan C.Ronaldo Kenapa Perlu Bantu Palestine

Seperti yang kita tahu bahawa Cristiano Ronaldo telah menjual kasut emasnya dan hasil daripada itu dihulurkan kepada Palestine. Seorg wartawan dari Portugal yang enggan namanya dikenali berjumpa Cristiano Ronaldo di kediamannya di Madrid.

" Kenapa kamu sanggup menjual kasut emas kamu dan memberikan hasil jualan itu kepada mereka (Palestine)? Tanya wartawan itu.

" Saya sudah agak soalan ini akan diajukan kepada saya dan saya juga sudah agak pasti dunia mengganggap saya bodoh. Saya pernah rasa sedih diatas kehilangan ayah saya. Saya pernah menangis diatas kehilangan orang yang amat saya cintai. Satu hari ketika pulang dari kem latihan Real Madrid, saya membuka TV di ruang bilik saya. saya lihat kanak2 menangis sedang menangis berlumuran darah di samping ibu, bapa dan sanak saudara mereka. Mereka merayu meminta bantuan pada dunia, jadi adakah salah jika saya membantu mereka??

" Saya pernah hidup susah, pernah merasa keperitan hidup di dunia ini..saya bukan dilahirkan sebagai seorang yang ditakdirkan terus kaya. Kini saya dapat merasai sedikit kesenangan dunia, jadi adakah salah jika saya memberikan sedikit kesenangan saya kepada mereka? YA mungkin dunia memandang kenapa saya memberi sumbangan kepada mereka yang tidak seagama dan tidak sekepercayaan dengan saya...Adakah salah jika saya membantu mereka yang berlainan agama dan kepercayaan dengan saya? TIDAK!! Bagi saya membantu manusia adalah bukan berdasarkan agama dan kepercayaan tetapi atas dasar kemanusiaan"

" Saya sedar anugerah ini (kasut emas) adalah pemberian dunia kepada saya diatas kecemerlangan saya beraksi diatas padang ketika mewakili kelab dan Negara, tapi bagi saya anugerah ini adalah sebahagian daripada sumbangan saya kepada mereka sebagai bantuan kemanusiaan."







Tabik springla kat Ronaldo ni..Semoga dia mendapat hidayah Allah untuk memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda...