Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Rupa Pelakon Home Alone Dulu vs Sekarang

Masih ingatkah anda pada filem Home Alone?? Filem ini sentiasa ditayangkan ketika krismas..Dulu mase kecik2 slalu je tunggu cite ni main kat tv..memang x membosankan. Bukan nak citer pasal citer ni tapi nk tunjuk gambar pelakon2nya mase dulu dan sekarang...










Sunday, December 18, 2011

KL Gangster 2 (prekuel)

Abang Besar kini kembali! Kami difahamkan yang filem KL Gangster 2 sebenarnya ialah prekuel pada filem KL Gangster, maksudnya ia memaparkan kisah Malek sebelum masuk penjara selama 5 tahun yang dipaparkan di filem asal KL Gangster. Filem ini dinantikan oleh ram ai orang, dan bagi kami filem KL Gangster yang pertama, walaupun tidak sempurna, tapi lebih ‘tolerable’ dari filem jiwang melodrama mana-mana pun. Filem kedua ini menampilkan juga Rosyam Noor yang pernah berlakon sebagai gengster dalam filem gengster Suhan Movies sebelum ini iaitu Castello dan Adiputra berambut ‘blond’. Apakah masih ada babak Adiputra shirtless dengan badan berminyak? Bersama kita nantikan...


































Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu

Nora ElenaStanza Cinta dan kali ini Ombak Rindu pula. Untuk pengetahuan korang, filem Ombak Rindu ini juga diadaptasi dari novel Ombak Rindu keluaran Alaf 21, pengarang Fauziah Ashaari.








Berikut merupakan Sinopsis Filem Ombak Rindu:




Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.