Sunday, December 25, 2011

Annual Grand Meeting MUAMALAT 2011

AGM Pentadbiran Muamalat 2011 telah berjaya diadakan pada 16 Disember 2011 (Jumaat) pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Makan Pusat Konvesyen UUM. AGM pada kali ini dihadiri oleh Ustaz Dr. Azizi bin Abu Bakar dan seorang pensyarah baru dalam kos kami ini tapi aku lupa nama ustazah ni.Tak sempat nak menemu ramah.Antara agenda pada AGM kali ini adalah pembentangan aktiviti kelab sepanjang sesi 2010/2011, pembentangan kewangan kelab, penyampaian anugerah khas serta perlatikan barisan Majlis Tertinggi yang baru. Dalam program ini juga diselitkan dengan beberapa persembahan antaranya persembahan puisi, berbalas pantun dan juga persembahan nasyid dari Kumpulan SERU. Diharapkan dengan perlantikan MT baru akan menyemarakkan lagi aktiviti kelab dengan bantuan dan kerjasama daripada seluruh ahli Kelab Pentadbiran Muamalat UUM.






Kumpulan Nasyid SERU

Antara barisan MT Exco baru

Dr. Azizi bersama ex presiden




Saturday, December 24, 2011

Duit Kertas Baru Malaysia Siri 4

Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia




Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi


Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.


Wang kertas RM20
Hidupan Laut


Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. RM20 juga.....pernah dimansuhkan dulu pada tahun 
1995, kemudian muncul kembali pada tahun 2012. Apa tujuan? Untuk merapatkan jurang perbezaan RM50 dengan RM10.Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.



Wang kertas RM10
Flora


Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.





Wang polimer RM5
Hidupan Liar


Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.





Wang polimer RM1
Sukan Tradisional


Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

Tuesday, December 20, 2011

LALAT : Penyakit & Penawar

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
(Riwayat al-Bukhari)







Kemusykilan

Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?


Secara Logik

Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.



Secara Saintifik

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat





Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. 

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Yang kita ni kalau nampak lalat jatuh dalam air, kompom tak minum dah. mesti buang terus air tu. kalau nampak semut baru buang semut dan sanggup minum balik air tu. apa yang aku pernah dengar gak, lagi baik lalat yang jatuh dalam air minuman berbanding semut. erm...lebih kurang gitu la...So, amalkanlah petua ni yer untuk kesihatan kita bersama..

Monday, December 19, 2011

Makanan Paling Jijik Di Dunia

Ini merupakan 10 gambar-gambar makanan teraneh dan paling menjijikkan di dunia, dan negara China merupakan negara teratas yang mempunyai makanan "istimewa" ini.


Burger “Cindil” di China



Cindil atau anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuat tubuh lebih sihat. Selain itu, cindil juga mempunyai kandungan protein yang tinggi. Cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dengan burger.

Otak Monyet Hidup di China

Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah vitalitas(?)pada lelaki terutama penyakit Impotensi. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling ampuh untuk ubat kuat. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan diusahakan jangan sampai mati. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan dikupas batoknya(?) untuk diambil otaknya mentah-mentah dan disantap dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.

Daging Tikus Goreng di China

Tikus-tikus yang biasa berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi incaran(?) sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di China. Daging tikus yang telah dibumbui(?) digoreng dan disantap dengan menggunakan merica(?) sebagai penyedap. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Ulat Rebus di Botswana

Suku kaum di pedalaman Botswana menyantap Ulat-ulat Mapone sebagai menu makan sehari-hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan dimasak dengan menggunakan bumbu seadanya dan disantap bersama-sama.

Soya Busuk di China

Soya yang telah berfermentasi / berjamur diproses untuk dijadikan menu makanan, dan hanya terdapat di negara China.

Janin Telur Bebek di Filipina

Di negara Filipina, telur bebek(?) yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin dimasak atau direbus lalu disantap dengan menggunakan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.

Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur

Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan dibanderol(?)  dengan harga yang sangat mahal.

Sos dari Sperma Ikan Mas di Hungaria

Di negara Hungary, sperma ikan Mas diolah dan dicampur dengan susu untuk di jadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.

Steak Daging Buaya di Singapura

Di negara Singapura, daging buaya (kebanyakan anak buaya) diolah menjadi steak buaya. Daging-daging buaya (terutama bahagian paha tangan dan kaki) disajikan bersama kentang goreng. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.

Bola Mata Ikan Tuna di Jepun

Di Jepun, bola mata ikan Tuna yang masih mentah / atau yang sudah diolah di santap sebagai "Cemilan" disaat senggang(?). Bola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina disaat sedang beraktifitas(?).

Wang Lama Malaysia

Hari ini aku berbesar hati nak berkongsi koleksi gambar wang lama Malaysia yang pernah digunakan sebelum era Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada zaman kolonial British. Wang lama ini makin disimpan makin berharga……







Ini pula gambar wang lama Malaysia yang digunakan selepas kita semua mencapai kemerdekaan.







Manakala, di bawah ini merupakan koleksi wang lama yang kita gunakan sebelum kerajaan Malaysia memansuhkan penggunaan simbol $. Satu ketika dahulu siapa yang terima duit $500 atau $1000 yang tulen memang senyum kepuasan, tetapi siapa yang terima wang lama yang bernilai tinggi ini dalam versi palsu alamat menangis tak berlagulah jawabnya….





Wang Lama zaman Jepun dulu, inilah yang dinamakan duit pisang. Pernah guna di Malaysia masa zaman pendudukan Jepun dulu.



Duit peringatan bernilai RM1




Dan ini pula antara duit syiling yang pernah digunakan






Janin 15 Minggu Jadi Bayi

Betapa besarnya kuasa Allah yang boleh menghidup dan mematikan manusia..Siapa sangka Janin yang baru saja berusia 15 minggu(105 ari) mampu hidup sehingga boleh di panggil bayi..Bayangkanlah jika manusia menggugurkan bayi pada usia janin itu 15 minggu sudah pasti bayi itu bernyawa...




Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?


Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah



Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?




Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”…





Hidup dan mati adalah ketentuan Illahi jadi kita seharusnya berdoa agar dipanjangkan umur..Daripada janin, manusia cuba untuk menyelamatkan nyawa bayi tetapi mengapa ada diantara kita sanggup menggugurkan kandungan sedangkan mereka tahu janin mereka sudah mempunyai nyawa..Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari kejadian ini…