Monday, December 19, 2011

Syiling Baru 2012


Tiada angin, tiada ribut, alih-alih diberitakan duit syiling baru akan kita gunakan tak lama lagi. Di atas merupakan perbezaan yang boleh anda lihat antara gambar duit syiling baru VS duit lama. Ya…….duit baru bakal keluar tidak lama lagi.



Sekali tengok gambar duit syiling di bawah ini, macam sama sahaja dengan duit syiling Malaysia yang baru. Betul tak? Gambar duit syiling di atas merupakan duit syiling bagi matawang Euro. Mungkin kebetulan kot?



Tapi apakah simbolik disebalik syiling2 tersebut...Cuba perhatikan gambar dibawah ini:-






Satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak “Star of David” yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. 
Persoalannya, adakah “Star of David” sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama? 
Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika “Star of David” pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan mesej anda...