Showing posts with label Kisah-kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah-kisah. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Ribut Pasir di Pantai Barat Australia

Ribut debu yang melanda pantai barat Australia pada hari rabu lepas telah menghasilkan satu fenomena ''red wave''. Beberapa keping gambar telah diambil oleh nelayan kecil yang melalui kawasan tersebut berikutan kejadian fenomena alam yang jarang berlaku itu..







Ribut Salji Melanda Arab Saudi

9 Januari 2013 telah berlaku satu kejadian aneh dimana salji yang lebat telah melanda di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan bahawa salji tersebut melanda di salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w.. Seperti yang diketahui umum, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas dimana matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji merupakan sata fenomena alam yang tidak dijangka. Penduduk Tabuk dan penduduk di daerah lain datang menikmati salji yang turun itu.










Monday, November 19, 2012

Kejaiban Semasa Perang Gaza dan Israel


Di sebalik huru-hara peperangan yang berlaku di antara Israel dan Palestin terdapat kisah yg pelik dan ajaib berlaku sewaktu peperangan tersebut. Dimana Al-kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yg telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yg lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:



Peristiwa 1

Seorg ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba2 senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar x mnembak dan para pejuang berkata mereka x melakukannya. Mereka berkata tiba2 senjata mereka berfungsi dan mnembak sasaran. Para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yg mnembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yg cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yg berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yg buta setelah serangan berkata mereka tiba2 dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yg melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yg pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket2 Hamas yg hendak dilancarkan, tiba2 salah 1 roket tersebut meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yg mengaktifkannya. Dan roket tersebut mengenai sasarsan di Israel !!

Peristiwa 6

Yg paling menakjubkan, seorg Ulama’ Syria bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan Baginda sedang mgeluarkan pedang dr sarungnya. Ulama’ itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke manakah kamu mahu pergi?”, lalu Baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, dimanakah kita??
Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yg sempat diceritakan oleh al-fadhilk Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yg perlu umat Islam ketahui.


Wednesday, November 14, 2012

Polis Rogol Indonesia


BUKIT MERTAJAM : Seorg pkerja kedai mkn warga Indonesia mendakwa dia dirogol oleh 3 anggota polis di sebuah balai polis dekat sini. Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh 3 org polis tsebut brusia lingkungan 20-30-an pd jam 6.20 pg di Perai dan kmudian dibawa ke balai polis. Mangsa di tahan kerana gagal mnunjukkan passport sebaliknya memberikan salinan passport. Akibat itu mangsa dibawa ke balai polis dan mggeledah beg tgn mangsa serta memberitahu mangsa akan di lokap. Mangsa memberitahu bahawa dia tiada wang dan diminta oleh salah seorg polis berkenaan supaya melayan nafsu mereka. Akibat takut mangsa melayan dan dirogol bergilir2 serta diugut supaya mnyembunyikan perkara tersebut. Selepas dihantar pulang, mangsa terus membuat laporan polis.



Sementara itu di Jakarta, Indonesia, sekumpulan penunjuk perasaan berdemontrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia terhadap isu rogol terbabit. Mereka bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kjadian yg berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.






Monday, November 12, 2012

Anugerah Skrin 2012

Anugerah Skrin?Menyampah betol aku tengok..meluat n macam2 perasaan yg negatif.Tema lak ala2 Alam Fantasi gitu.."Selami Dunia Fantasi"...adooii kamonla.Makin lame makin mundur aku tengok pemikiran manusia ni.Mereka cuba inginkan kelainan tetapi hambar sekali kelainan 2.Membuatkan org yg nengok ngantok je..Nasib aku tengok kejap je sbb dh x tahan sgt nk maki2.Aku tengok Runningman lg bagus.haha..






Wednesday, April 25, 2012

Permintaan Terakhir

korang pernah terfikir tak kalau banduan-banduan kat penjara yang bakal dikenakan hukuman mati akan minta apa sebagai "juadah terakhir" mereka?

tahukan anda mereka meraka ni akan diberikan "wish list" untuk menyatakan apa menu terakhir yang diorang nak makan for the last and final time. so pihak penjara akan cuba sediakan..

kalau kite mesti nak minta makanan yang sedap sedap dan yang jarang kita makan betul tak?

tapi di sebuah negara/penjara kt oversea(lupa lak kat mana) ada seorang manusia ni. kalau tak silap dia kerja kat jabatan penjara. dia akan kumpul antara menu terakhir banduan yang dirasakan pelik. antaranya ;




















haa... pelik kan??

kalau korang la agak agak nak minta apa untuk menu/juadah terakhir?


Monday, November 29, 2010

KISAH 3 SYAITAN

Pada suatu hari iblis mengadakan satu lawatan kepada beberapa syaitan yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia di beberapa buah tempat.


Dialog iblis dengan syaitan di kawasan A:


Iblis:
Hoi syaitan A, macamana tugas hari ni? Ada apa-apa perkembangan tak?


Syaitan A pun menjawab:
Hari tugas agak rumit. Payah nak goda orang kat sini. Saya dah banyak kali goda mereka tapi mereka tetap taat kepada perintah Allah dan mengikuti ajaran Nabi Muhammad.


Iblis:
Saya nampak syaitan kat sini memang rajin. Takpe, teruskan usaha anda


Dialog iblis dengan syaitan di kawasan B:


Iblis:
Hoi syaitan B, macamana tugas hari ni? Ada apa-apa perkembangan tak?


Syaitan B pun menjawab:
Tugas hari ni macam biasalah. Kadang-kadang susah, kadang-kadang senang. Orang-orang kat sini ada yang boleh digoda, ada yang tak boleh digoda.


Dialog iblis dengan syaitan di kawasan C lain pula ceritanya.


Dengan nada marah iblis menengking:
Hoi syaitan C, ni apehal kerja tidur je...tak buat kerja ke!! Nak kena hukum!!?


Syaitan C pun menjawab:
Macamana saya nak goda boss, saya tak tahan buat kerja kat sini. Orang-orang kat sini jauh lebih teruk dan jahat daripada kita.


Iblis:
Oh yeke, bagus, bagus, bagus...teruskan tidur anda dan takyah buat kerja.

Isu Pengharaman Pemakaian Tudung di Malaysia

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTAdan IPTS di malaysia . Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang.Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurangdan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian mukasurat yg sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudahj adi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di malaysia.bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah dia juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini.jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam.kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi.Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah.....

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih didalam pemerhatian. kui kui!! kena kena!!

Apa akan jadi kalau x baca Bismillah?

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.

Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu.

Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah...

atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...